Pages

Wednesday, February 23, 2011

Aktvt Masa Lapang

Tiap2 ari aku ni ada masa lapang maklum la skrg ni tgh tnam anggur kan hohoho...cri kje pn tk dpt2 lg so past ni kne brhijrah la jwb nye..aktvt aku harian cm base la trun umh prgi pntai ambk gmbr 2 j kje aku hari2,ni aku nk tjuk gmbr2 y aku ambk klu tk cntik jgn komen plk huhuhu...

Sunset kt jambatan Dungun

                                                         



Tuesday, February 22, 2011

din_SaNtAi!!!!!: Aku Dh Kembali..

din_SaNtAi!!!!!: Aku Dh Kembali..: "hohoho..lme gle aku tk buka blog aku ni huhu..aku ni bkn la pndai sgt main blog2 ni klu blog cm fb sng la jgk, 2 y aku mls nk buat blog ni p..."

Saturday, January 29, 2011

10 tips Penjagaan Kemera Digital



    Kenapa beli barang mahal-mahal jika tidak mahu menjaganya?Senario ini pasti berlaku pada setiap seorang daripada kita yang perlu mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan kemera digital sama ada dari jenis kompak, DSLR atau kamera profesional lain. Aset berharga ini seharusnya dilindungi dan mendapatkan penjagaan sewajarnya agar kita tidak perlu berbelanja lagi untuk kos pembaikkan atau penilikan semula. Berikut merupakan 10 tip penjagaan kamera digital yang boleh anda ikuti atau paling tidak melakukan penjagaan asas untuknya:


 1. BEG KEMERA TERBAIK
  Lazimnya kamera digital didatangikan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak , kalis habuk dan sebagainya. Ia bukan sahaja boleh melindungi kamera digital anda, malah menjaga peralantanya juga.



2. GUNAKAN FILTER UV
   Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru jika ia rosak.



3. PELINDUNG LCD
   Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar. Kos menggantikannya bukan murah, boleh menelan belanja kira-kira RM200. Oleh itu, ketika membeli kamera digital, pastikan anda turut membeli aksesori tambahan seperti pelindung skrin LCD untuk kamera digital anda. Terdapat pelbagai jesnis yang boleh didapatu di pasaran seperti kenis plastik, boleh terbuka atau jenis berpelekat.



4. PENJAGAAN DALAMAN
   Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk dimana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas(casing) khas, idea mudah untuk melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital mengunakan gelah getah atau sebagaimya (murah dan praktikal)


5. BERSIHKAN TANGAN
   Mak selalu bising pada kita, basuh tangan sebelum makan. Begitu jugak dengan kamera digital. Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mmungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital.



6. BERSIHKAN DENGAN CERMAT
  Manja kamera digital ini. Ia perlu dibersihkan dengan cermat dan perlahan-lahan seperti anda sedang membelai kulit bayi. Gunakan kain lembut dan bersih untuk membersihkan lensa atau bahagian dalam kamera. Lebih baik lagi, keluarkan sedikit untuk mendapatkan kit pembersihan kamera digital di pasaran.


7. JAUHKAN DARIPADA PANAS
    Kita pun tidak tahan panas, jadi jangan menyiksa kamera digital kita dengan menempatkan ia terlalu dekat dengan kepanasan. Gunakan kain lembab atau tuala berwarna cerah untuk melindunginya daripaada sinaran matahari ketika kita sedang merakam gambar di tengah panas. Jangan gunakan warna gelap kerana ia hanya akan menyerap panas.

8. JIKA CUACA SEJUK
   Didalam cuaca sejuk pula, perkara yang boleh anda buat untuk melindungi kamera anda ialah dengan memastikan ia panas dengan meletakkannya di bawah jaket atau menggunakan suhu badan di bawah jaket atau menggunakan suhu badan untuk memanaskannya (jangan tempatkan pada api) Jika pemeluapan terjadi, tanggalkan bateri dan kad memori serta biarkan ia terbuka sehingga makera betul betul kering.



9. SERVIS BERKALA
  Kamera digital terutama kamera DSLR dan profesional seharunya diservis secara berkala. Servis ini dapat membantu mengesan masalah pada kamera anda dan memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik. Servis di tempat pengeluar kamera digital yang akan dijalankan oleh tenaga profesional.

10. STORAN
  Apabila menyimpan kamera digital, Sebaiknya jauhkan daripada sebarang bentuk magnet. Magnet akan memberi kesan kepada litar kamera digital anda. Bateri juga perlu di tanggalkan sekiranya anda ingin menyimpannya untuk jangka masa lama. Jangan lupa untuik menyimpan kad memori, lensa dan bahagian-bahagian kecil kamera dengan baik. Ia juga memerlukan perhatian anda.